Wednesday, 8 July 2015

Di mana hak keluarga?


Dia naqib Usrah... namanya Tukoi. Tukoi sering dipuji dengan keprihatinannya menjaga adik-adik usrah... 

Di tempat dia belajar...

"Subhanallah.... tenangnya tengok dia. Kan?" 

"Betul lah. Hmm... alim nya. Kalaulah dia jadi husband aku." Jawab Jess. Kagum! Kaki mereka terhenti seketika tatkala memandang Tukoi melintasi. Hari ini, Tukoi berjubah dan berkopiah putih. Dia menuju ke masjid.

..............

"Bang. Syukran Bang... syukran.. Man tak tau laa nak balas macam mana jasa abang." Ucap Songman sambil menangis di bahu Tukoi. Tukoi hanya tersenyum. Dia menepuk lembut bahu Songman. Tukoi baru sahaja menolong Songman selesaikan masalah besar. 

"Takpe..kita dah macam adik beradik. Segala masalah kena hadapi bersama." Balas Tukoi.

...............

"Lai belum makan lagi?"

"Belum bang... kena ikat perut, jimat. Masalah duit." Jawab Sulaiman dalam nada sedih. Dai tertunduk memandang lantai.

"Takpe.. Jom. Abang belanja Lai makan."

"Betul ke ni bang?" Soal Sulaiman dengan riak penuh gembira. Tukoi mengangguk perlahan sambil tersenyum indah.

..................

"Bang...terima... kasih datang melawat saya." Ucap Jo. Suara bergetar. Tubuhnya menggigil. Panas.

"Takpe.. tanggungjawab abang jaga Jo. Rehatlah. Nanti jangan lupa makan ubat." Balas Jo. Jari-jemarinya memerah kain basah lalu diltakkan di dahi Jo. Ais dalam bekas juga sudah lama cair.

"Abang balik dulu. Esok abang datang lagi ya." Sambung Tukoi lagi sambil menarik selimut, menutupi separuh tubuh Jo. 

..................

Baiknya tukoi. Naqib yang baik. Sangat baik. Hingga dia disayangi adik-adik usrahnya..
TAPI DI RUMAH?

Adakah Tukoi anak yang baik jika...

"Maaf ayah, Tukoi sibuk. Bukan Tukoi tak nak jaga mak. Tapi kak Long kan ada." Balas Tukoi pada ayahnya apabila diminta pulang ke rumah menjaga ibu. Tukoi ada masa merawat adik orang lain... tapi Tiada masa untuk merawat IBU SENDIRI??

Adakah Tukoi abang yang baik jika....

"Buatlah sendiri. Itu pun tak reti ke?" Marah Tukoi pada adiknya yang meminta abangnya mengajar membuat latihan matematik. Adiknya berlalu dengan penuh kesedihan. SPM pula tu.. Tukoi kembali membaca buku. Menambah ilmu.. Tukoi ada masa untuk didik dan jaga adik orang lain DAN untuk diri sendiri...tapi tiada masa untuk ADIK SENDIRI...

Adakah Tukoi adik yang baik jika...

"Tukoi manalah ada duit kak. Tukoi pun berjimat kat sini. Akak tak cuba minta ngan bang Leman ke?" Balas Tukoi apabila kak Long ingin meminjam sedikit wang darinya. Kak Long perlu bayar kos rawatan kakinya yang terpaksa dibedah akibat kemalangan. Tukoi sanggup beri wang pada adik orang lain... tapi tak sangguop beri pada KAKAK SENDIRI?


Tukoi... di mana hak keluarga Tukoi?? Tukoi... Tukoi... Tukoi................






Tuesday, 7 July 2015

Siapa hamba mu?

Siapakah hamba mu? NAFSU.
Siapakah tuan NAFSU? DIRIKU.

Malam itu...
11.30 pm

“AARRGHHH.... ngantuknya”

Lol menguak. Luas. Telapak tangan segera menutup mulutnya. Ngauman sekuat ngauman  singa. Lol memandang buku yang terbuka di hadapannya. Esok exaammmm... Sejak pukul 9 tadi Lol mengulangkaji pelajaran. Dia tidak lagi dapat menahan nafsu tidurnya.

 Lol mengenyit mata berkali-kali. Lol bingkas bangun dari kerusi. Buku ditutup. Lalu menghempap tubuh di atas katil empuk. Lol memandang kipas yang berpusing laju. Sebelum Lol melelapkan mata, dia perlu melakukan sesuatu yang wajib baginya.

“Facebook...miss u. Log in! ” Ucap Lol sambil jari-jemarinya lincah menekan skrin telefon pintar. Lol tersenyum sendirian membaca post member nya. Meluah perasaan di facebook. Lol tidak ketinggalan meninggalkan comment.

Apsal ni bro? Lek laa... Bunga bukan skuntum.’

Lol skrin down muka buku. Satu persatu Lol baca. Luahan jiwa. Pendapat. Tazkirah. Jenaka. Motivation words. Semua Lol sapu. ‘Makanan hati’ sebelum tidur. Satu persatu gambar-gambar ditatap. Lol ketawa berdekah-dekah. Lol tidak dapat menahan tawa menatap gambar monyet jantan make up dan ber’selfie’. Ini mesti  kerja tuan punya monyet ni...

Tiba-tiba terpandang gambar seorang gadis, new profile picture. Pada permulaannya, Lol tak mahu tengok. Lol buat-buat tak tahu. Lol terus skrin down. Tapi belum sampai dua minit, tiba-tiba Nafsu berbisik.

“Lol. Budak tu cun giler! Rugi kau tak tengok. Jangan lepas peluang.” Bisik Nafsu.

“Ish diam lah!” Marah Lol. Nafsu masih tidak berputus asa. Sekali lagi dia memujuk Lol.

“ Alaa... Budak tu post gambar dia, memang untuk ditengok. Kalau dia tak mau orang tengok, takkan dia post gambar dia. Am i right?” Lol tidak menjawab soalan Nafsu.

Nafsu terus menerus memujuk Lol. Nafsu semakin haus. Dia terus memujuk tanpa henti. Lol kuatkan iman. Lol tidak mahu hatinya hitam gara-gara tergoda melihat wajah anak dara orang. Mata juga mengantuk. Lalu Lol memilih untuk mengemudi bahtera mimpi. Baru sahaja jari telunjuk Lol mahu menekan ‘log out’, tiba-tiba Nafsu bersuara lagi.

“Lol... for the last time. Bukan buat apa pun. Tengok gambar dia je. Cun giler kot... Perggh! Alaaa.. kejap je. Tak sampai seminit pun. Pastu tidolah.” Pujuk Nafsu.

“Hmm...betul jugak tu.” Ucap Lol. Lalu jari-jemari Lol mencari semula gambar gadis tadi. Skrin down... skrin down... Ha! Jumpa. Lol menatap gambar gadis itu. Lama.

“Cun giler...” Satu perkataan tersembur keluar. Nafsu tersengih. Gadis itu, dia berbaju blous purple paras pinggang. Seluar jeans membalut kakinya. Rambutnya ikal panjang. Gayanya seperti Miley Cirus.

“Kalaulah dia ni jadi awek aku...” ucapan kedua kini meniti di bibir Lol. Lantas Lol ‘add friend’ si gadis cun.

“Kau tak nak tengok ke gambar-gambar dia yang lain. Stalker lah sket...” Ucap Nafsu lagi.

Kini Lol hanya menurut bicara Nafsu. Lol  menekan Pictures si gadis. Satu persatu Lol tatap. Tak cukup dua. Tiga. Empat. Hinggalah Lol ternampak satu gambar gadis itu di pantai. Lol menatap lama. Mata Lol terbeliak.

“Serious....cun... berapa saiz pinggang dia eh? Slim nya...” Ucap Lol. Matanya masih memerhati gambar gadis itu. Si gadis berdiri menghadap laut sambil mendepakan tangan. Rambut si gadis terbang ditiup angin. Topi gaya Taylor Swift menutup kepala.

“ You wanna me hug you from the back? Let me...” Ucap Lol. Iman Lol perlahan-lahan terduduk. Iman menangis teresak-esak. Lol tidak lagi hiraukan. Nafsu sedang bermaharaja dalam hati. Nafsu ketawa terbahak-bahak. Mahkota kini di atas kepala Nafsu.

“Skrol down lagi...mesti banyak lagi gambar yang lawa-lawa...” perintah Nafsu.

 Lol menurut tanpa banyak soal. Kini gambar si gadis semakin menggoda Lol. Gambar itu. Mengapa gambar itu di post di sini? Oh! Lol semakin tak tertahan. Kini dia menatap gambar si gadis sedang tunduk menghirup air kelapa. Mata Lol semakin tajam. Dia menatap setiap inci tubuh gadis itu.

“ Lol... cuba kau tengok kat situ...tuuuu....” perintah Nafsu lagi.

Mata Lol kini beralih pada suatu tempat yang amat menjentik nafsu berahi. Disebabkan gadis itu merendahkan bahu, tunduk menghirup air... lalu lurah *$#@^% semakin terserlah. Mata Lol membutang.

 Seterusnya...... APA YANG LOL buat??

Niat yang tadi mahu melelapkan mata sudah lama terbang. Oleh kerana Lol telah merelakan dirinya diperhambakan nafsu berahinya, kini niat Lol sudah berubah....

Lol akan mengorat si gadis?

Lol akan stalk next next picture?

Lol akan save picture gadis tu?

Lol akan PM gadis tu? Say hello...and then...ehem3...

Lol akan mencari video lucah untuk memuaskan nafsu berahi yang sedang menggunung tinggi dek tak tertahan melihat keseksian si gadis?

Lol bersengkang mata menjadi hamba kepada Nafsu?

Iman semakin sesak nafas dihenyak si Nafsu?

Atau Lol terus log out FB...air mata lelaki jatuh berderai...menginsafi tindakannya?

Sebelum Nafsu memperhambakan kita... Kita haruslah menjadi Tuan kepada nafsu sentiasa.... Benarlah.... nafsu itu fitrah. Tapi Fitrah itu haruslah diletakkan pada tempatnya...

Bayangkan.... jodoh kita sedang menjaga kesuciannya di bumi Malaysia..Bumi Eropah...tapi kita??

Bayangkan Nabi Muhammad kita di atas sana sedang melihat kelakuan kita... tidakkah baginda akan sedih??

Astaghfirullah......

Tuesday, 23 June 2015

HumoodAlkhudher | حمود الخضر | توازن الحياة )





Image result for ‫( @HumoodAlkhudher | حمود الخضر | توازن الحياة )‬‎

( @HumoodAlkhudher | حمود الخضر | توازن الحياة )


sumber : https://www.youtube.com/watch?v=4PpNy7305g4



Humood AlKhudher - Edhak (Smile)


Image result for Humood AlKhudher - Edhak (Smile)

Humood AlKhudher - Edhak (Smile)


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=NGpOEvZz8vY

Humood AlKhudher - Lughat Al'Aalam





Image result for Humood AlKhudher - Lughat Al'Aalam

Humood AlKhudher - Lughat Al'Aalam


Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=sANiCdCWwNQ





Humood AlKhudher - Aseer Ahsan | حمود الخضر - أصير أحسن




Image result for ‫Humood AlKhudher - Aseer Ahsan | حمود الخضر - أصير أحسن‬‎

Humood AlKhudher - Aseer Ahsan | حمود الخضر - أصير أحسن


Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=LOwUffkrgFQ

Keep Me True - Humood Alkhudher | Best Nasheed | حمود الخضر - يحلو الوصال | (English subtitles)





Keep Me True - Humood Alkhudher |
Best Nasheed | حمود الخضر - يحلو الوصال |
(English subtitles)


Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=Rsji7g9B0d4