Wednesday, 17 December 2014

Radioactive - Lindsey Stirling and Pentatonix (Imagine Dragons Cover)


 
https://www.youtube.com/watch?v=aE2GCa-_nyU

Lord of the Rings Medley - Lindsey Stirling


 
https://www.youtube.com/watch?v=dQiNVk_u0po

Lindsey Stirling - Dragon Age



https://www.youtube.com/watch?v=AuJnvC8voJY

sun skip- Lindsey Stirling


 
















https://www.youtube.com/watch?v=3nljnLI5fBw

Shatter Me Featuring Lzzy - Lindsey Stirling


 

 https://www.youtube.com/watch?v=49tpIMDy9BE&list=RD49tpIMDy9BE

Shadows - Lindsey Stirling (Original Song)















https://www.youtube.com/watch?v=JGCsyshUU-A




River Flows In You - Lindsey Stirling


 














 https://www.youtube.com/watch?v=lrF814OnFQ4



Crystallize - Lindsey Stirling (Dubstep Violin Original Song)


 https://www.youtube.com/watch?v=aHjpOzsQ9YI
 


Monday, 15 December 2014

Separuh Jiwa

SEPARUH JIWA : 1


Hari Ke Empat Belas Tanpa Dia...

" Oit! Kusyuknya member aku ni study!Mengalahkan Mr. Bean." Sapa Leha. Dia menyiku lenganku. Mr. Bean? Apa kaitannya dengan study? Soal benakku yang semakin dungu. Pening.


" Adoi! Sakit lah weh." Jeritku.


" Sorry la cayang..." Balasnya, mengusik. Kepalanya digeselkan ke bahuku.


" Woi! Sini tapak tangan ko," pintaku.


" Apsal?"


" Aku rasa macam nak muntah hijau. Tadah tangan ko cepat." Balasku. Aku ketawa terbahak-bahak. Serius! Geli kotttt. Ber 'cayang-cayang' dengan aku. Tak sesuai lah Bro! Kata brutal sangat. Usik hatiku.


" Alaa... cayang ni. Sampai hati tau," Dia mencebik. Manja.


" Hoi! Nak makan tapak tangan aku or tapak kaki? Hah! pilih cepat." Jeritku. Leha memegang perut. Tawa tersembur dari mulutnya. Aku menjeling tajam.


 " Hei... minah ni. Nasib baik ko kawan aku. Kalo tidak.. Dah lama dah aku penampo muka kau yang lawa tu."


" Eh... eh! Serious lah weh? Aku lawa? Lagi lawa dari ko kan?" Soalnya sambil memegang kedua pipinya. Aku menjelir lidah. Buku di tangan aku hayun, lalu melekat dibahunya. Tawa tersembur lagi. Bergema satu bilik belajar.


" Luna..." Panggil seorang perempuan. Suaranya mendayu. 


Umurnya lingkungan lima puluh tahun. Bertudung ungu. Suaranya menghambat lamunanku. Sejak dari tadi, memori aku bersama Leha bermain-main di ruangan fikiranku. Itu dulu. Kini?  Kini sudah dua minggu Leha diam di atas katil. Dia tidak pernah menjawab segala pertanyaanku. Dia tidak lagi membalas bicaraku. Aku berbicara seorang dirikah? Ya!Tiada lagi gelak tawa yang mencuit hatiku. Aku rindu semua itu. Woi! Bila kau nak bangun?


" Luna... Luna belum makan lagi kan?" Soal Mak Salmah. Ibu yang melahirkan Leha.


Aku memandang wajah itu lalu membalas " Takpe ummi. Luna tak lapar." Ummi. Itulah panggilan buat Mak Salmah. Panggilan itu lebih mengeratkan hubungan kami, seperti sebuah keluarga.


" Luna.. makan dulu ya. Nanti perut masuk angin," pujuknya.







Thursday, 4 December 2014

Penulisan skrip terakhir 2014

Kisah pada 5 Disember 2014..

Sebelum ni, Tuan Zabidi Mohammad dah ajar macam-macam kat peserta. Apa itu Skrip patuh syariah? Apa itu watak antagonis? Apa itu Big Bang atau Turning point dalam skrip? Macam-macam telah dijelaskan. Menarik! 

Seronok! Beliau memang seorang yang berilmu. Aku paling suka sikap beliau yang 'cool' dan tenang. Dari pagi sampai petang. Beliau tak layan rasa penat. Tapi yang aku nmapak, beliau bersungguh-sungguh duk layan kami. Terbaik! Kesungguhan itu... aku kagum.

                       Skrip Patuh Syariah

Bunyi scary! Patuh syariah? Cemana tu? Ce citer.. Ce citer..

Skrip patuh  syariah ni bunyinya agak menakutkan. Tapi sebenarnya.. okay je. Cun je. Cool je. Ramai yang fikir dan faham, skrip patuh syariah ni.. pelakon kena pakai tudung. Berjubah. Eh? Relax..relax. Skrip patuh syariah tidaklah sesempit itu Bro.

Hari ni last script class for this year. Sedih! Aku masih ingin menangguk ilmu tentang skrip ni.

Tunggu lah tahun hadapan.Pujuk hatiku. Baik!

Ha... Akanku kongsi apa itu 'Skrip patuh syariah' yang sebenarnya. Kenapa tidak sekarang?

Kerana aku bukan ahli pakar, belum tiba masanya. Tapi sepanjang aku belajar dengan Tuan Zabidi, aku semakin faham tentang skrip ni. Terima kasih Sifu. Alhamdulillah. Segalanya semakin jelas. Suatu masa, akan ku kongsikan pada kalian.

Lets The Script Talk!

Wait... for the next year.