Siapakah hamba mu? NAFSU.
Siapakah tuan NAFSU? DIRIKU.
Malam itu...
11.30 pm
“AARRGHHH.... ngantuknya”
Lol menguak.
Luas. Telapak tangan segera menutup mulutnya. Ngauman sekuat ngauman singa. Lol memandang buku yang terbuka di
hadapannya. Esok exaammmm... Sejak pukul 9 tadi Lol mengulangkaji pelajaran.
Dia tidak lagi dapat menahan nafsu tidurnya.
Lol mengenyit mata berkali-kali. Lol bingkas
bangun dari kerusi. Buku ditutup. Lalu menghempap tubuh di atas katil empuk.
Lol memandang kipas yang berpusing laju. Sebelum Lol melelapkan mata, dia perlu
melakukan sesuatu yang wajib baginya.
“Facebook...miss
u. Log in! ” Ucap Lol sambil jari-jemarinya lincah menekan skrin telefon
pintar. Lol tersenyum sendirian membaca post member nya. Meluah perasaan di facebook.
Lol tidak ketinggalan meninggalkan comment.
‘Apsal ni bro? Lek laa... Bunga bukan skuntum.’
Lol skrin
down muka buku. Satu persatu Lol baca. Luahan jiwa. Pendapat. Tazkirah. Jenaka.
Motivation words. Semua Lol sapu. ‘Makanan hati’ sebelum tidur. Satu persatu
gambar-gambar ditatap. Lol ketawa berdekah-dekah. Lol tidak dapat menahan tawa
menatap gambar monyet jantan make up dan ber’selfie’. Ini mesti kerja tuan punya monyet ni...
Tiba-tiba
terpandang gambar seorang gadis, new profile picture. Pada permulaannya, Lol
tak mahu tengok. Lol buat-buat tak tahu. Lol terus skrin down. Tapi belum sampai
dua minit, tiba-tiba Nafsu berbisik.
“Lol. Budak
tu cun giler! Rugi kau tak tengok. Jangan lepas peluang.” Bisik Nafsu.
“Ish diam
lah!” Marah Lol. Nafsu masih tidak berputus asa. Sekali lagi dia memujuk Lol.
“ Alaa...
Budak tu post gambar dia, memang untuk ditengok. Kalau dia tak mau orang
tengok, takkan dia post gambar dia. Am i right?” Lol tidak menjawab soalan
Nafsu.
Nafsu terus
menerus memujuk Lol. Nafsu semakin haus. Dia terus memujuk tanpa henti. Lol
kuatkan iman. Lol tidak mahu hatinya hitam gara-gara tergoda melihat wajah anak
dara orang. Mata juga mengantuk. Lalu Lol memilih untuk mengemudi bahtera
mimpi. Baru sahaja jari telunjuk Lol mahu menekan ‘log out’, tiba-tiba Nafsu
bersuara lagi.
“Lol... for
the last time. Bukan buat apa pun. Tengok gambar dia je. Cun giler kot...
Perggh! Alaaa.. kejap je. Tak sampai seminit pun. Pastu tidolah.” Pujuk Nafsu.
“Hmm...betul
jugak tu.” Ucap Lol. Lalu jari-jemari Lol mencari semula gambar gadis tadi.
Skrin down... skrin down... Ha! Jumpa. Lol menatap gambar gadis itu. Lama.
“Cun
giler...” Satu perkataan tersembur keluar. Nafsu tersengih. Gadis itu, dia
berbaju blous purple paras pinggang. Seluar jeans membalut kakinya. Rambutnya
ikal panjang. Gayanya seperti Miley Cirus.
“Kalaulah
dia ni jadi awek aku...” ucapan kedua kini meniti di bibir Lol. Lantas Lol ‘add
friend’ si gadis cun.
“Kau tak nak
tengok ke gambar-gambar dia yang lain. Stalker lah sket...” Ucap Nafsu lagi.
Kini Lol
hanya menurut bicara Nafsu. Lol menekan
Pictures si gadis. Satu persatu Lol tatap. Tak cukup dua. Tiga. Empat.
Hinggalah Lol ternampak satu gambar gadis itu di pantai. Lol menatap lama. Mata
Lol terbeliak.
“Serious....cun...
berapa saiz pinggang dia eh? Slim nya...” Ucap Lol. Matanya masih memerhati
gambar gadis itu. Si gadis berdiri menghadap laut sambil mendepakan tangan.
Rambut si gadis terbang ditiup angin. Topi gaya Taylor Swift menutup kepala.
“ You wanna
me hug you from the back? Let me...” Ucap Lol. Iman Lol perlahan-lahan
terduduk. Iman menangis teresak-esak. Lol tidak lagi hiraukan. Nafsu sedang
bermaharaja dalam hati. Nafsu ketawa terbahak-bahak. Mahkota kini di atas
kepala Nafsu.
“Skrol down
lagi...mesti banyak lagi gambar yang lawa-lawa...” perintah Nafsu.
Lol menurut tanpa banyak soal. Kini gambar si
gadis semakin menggoda Lol. Gambar itu. Mengapa gambar itu di post di sini? Oh!
Lol semakin tak tertahan. Kini dia menatap gambar si gadis sedang tunduk
menghirup air kelapa. Mata Lol semakin tajam. Dia menatap setiap inci tubuh
gadis itu.
“ Lol...
cuba kau tengok kat situ...tuuuu....” perintah Nafsu lagi.
Mata Lol
kini beralih pada suatu tempat yang amat menjentik nafsu berahi. Disebabkan
gadis itu merendahkan bahu, tunduk menghirup air... lalu lurah *$#@^% semakin
terserlah. Mata Lol membutang.
Seterusnya......
APA YANG LOL buat??
Niat yang
tadi mahu melelapkan mata sudah lama terbang. Oleh kerana Lol telah merelakan
dirinya diperhambakan nafsu berahinya, kini niat Lol sudah berubah....
Lol akan
mengorat si gadis?
Lol akan
stalk next next picture?
Lol akan
save picture gadis tu?
Lol akan PM
gadis tu? Say hello...and then...ehem3...
Lol akan
mencari video lucah untuk memuaskan nafsu berahi yang sedang menggunung tinggi
dek tak tertahan melihat keseksian si gadis?
Lol
bersengkang mata menjadi hamba kepada Nafsu?
Iman semakin
sesak nafas dihenyak si Nafsu?
Atau Lol
terus log out FB...air mata lelaki jatuh berderai...menginsafi tindakannya?
Sebelum
Nafsu memperhambakan kita... Kita haruslah menjadi Tuan kepada nafsu
sentiasa.... Benarlah.... nafsu itu fitrah. Tapi Fitrah itu haruslah diletakkan
pada tempatnya...
Bayangkan....
jodoh kita sedang menjaga kesuciannya di bumi Malaysia..Bumi Eropah...tapi
kita??
Bayangkan
Nabi Muhammad kita di atas sana sedang melihat kelakuan kita... tidakkah
baginda akan sedih??
Astaghfirullah......
No comments:
Post a Comment