Sunday, 11 May 2014

Hari ini



 INDAHNYA MEMBERI SALAM.

ASSALAMUALAIKUM...



Ke bilik kak Zahra. Tingkat dua. Tak jauh. Tak perlu panjat banyak anak tangga.

Tok! Tok! Tok!

Tiga kali diketuk muka pintu dihadapanku. Kedua mata hanya memandang muka pintu. Menunggu penghuni bilik itu membukanya dari dalam. Dua puluh saat berlalu. Tiada respon. Pfff. Lambatnya.

Tok! Tok!

Ketukan kali kedua. Mahu berlubang pintu ni kalau diketuk sekuat emosi. Kak Zahra... Please.. open the door... Please. Rayu hatiku. Berharap moga telinganya menangkap deruan ombak keluhan sekeping hati budak 'JUNIOR ni'.

 " Sis, takde orang kot." Datang satu suara dari arah belakang. Si gadis itu menegurku. Bukankah dia kawan Kak Zahra? Dia bertudung litup. Berbaju kurung. Dibahunya tersandang beg 'Channel'. Hmm.. lawa beg. Hah! Itu yang aku nampak. Beg berjenama. I like your bag. One day, you will be mine! Jerit hatiku.

 'Aish! Beg mahal kau nak rebut cepat-cepat. Beg mahal kau nampak. Kau nampak tak ada yang lagi mahal kat kakak tu?' Marah sanubari kepada nafsu.

'Apa?' Nafsu kembali menyoal.

'Pakaian dia. Tutup aurat. Membalut suci' Jawab sanubari.

'Cis!Bersastera.' Marah nafsu.

'So?' Nafsu kembali menyoal. Pura-pura tak tahu.

' Itulah yang lebih mahal. Lawa di dunia untuk akhirat. Reward. Yang ni kau kena rebut dulu, Haa.' Balas sanubari. Nafsu mencebik.

' Whatever!' Jerit nafsu.

" Err.. Kak Zahra kata dia ada kat bilik," jawabku, penuh yakin.

'' Oh..cuba bagi salam." Dia menyeru. Ops! Salam? Lupa. Aku mengangguk. Senyuman paling manis ku gores buatnya. Dia membalas dan berlalu.

" Assalamualaikum." Tidak sampai lima saat. Salamku disahut dari dalam. Aku kenal suara itu. Pintu dibuka.

Krikkkk...

" Akak!" Jeritku. Teruja melihat wajah seorang 'Senior' yang berwibawa. Akhirnya, mata bertemu mata. Hah! Kalau dari tadi aku beri salam, mesti pintu ni dah lama terbuka. Ajaibnya Salam. Salam? Satu perkataan yang pendek. Tapi, dalam maksudnya.

Secara automatik, kita sebenarnya telah mendoakan kepada seseorang dengan doa yang baik. Hmm.. ini budaya Islam. Satu perkataan yang begitu senang diucap dibibir, namun ramai yang sukar untuk mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

Tapi, bila bersua, ramai yang lebih suka ucap 'Hai' berbanding 'Assalamualaikum'. Apakah maksud 'Hai'? Betul tu... maksud ' Assalamualaikum' lebih bermakna. Kawan-kawan, ayuh praktikkan memberi salam walau dimana kita berada. Memberi salam itu lebih indah dan lebih bermakna. Menjawab salam pun tiada kurangnya.

Dia juga sedang mendoakan kita. Kesejahteraan buat kita. Kalau hari-hari memberi dan membalas salam. Alangkah indahnya hidup. Alangkah indahnya dunia ini, dipenuhi kesejahteraan, kelebihan dari ucapan Salam.

#Hiasi dunia dengan Salam.
# Sarungkan hati dan jasad dengan pakaian Islam.
# Petunjuk Allah itu luas, termasuklah dari manusia di sekeliling kita. Cuma bergantung pada pilihan, sama ada nak ambil atau tidak.
# Pakaian lawa takde masalah. Islam sukakan keindahan. Tapi, haruslah berdasarkan syariat Islam.
# Jangan mengeluh.
# Indahnya Islam.






No comments:

Post a Comment